
SEKAPUR SIREH

![]()
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن ،وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى اَشْرَفِ الْمُرْسَلِيْن وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْن
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةٍ وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةٍ وَقِنَا عَذَابًا النَّارِ. وَصَلَّى الله ُعَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَسَلَّم وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera
Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, saya telah diberi peluang untuk menerajui Yayasan Mustaqim Malaysia selaku PRESIDEN MAJLIS PEMEGANG AMANAH YAYASAN MUSTAQIM MALAYSIA.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kerana memberi kesempatan kepada saya untuk menyampaikan kata-kata aluan di laman Web YAYASAN MUSTAQIM MALAYSIA. Saya sangat berbangga dengan hasil usaha gigih yang jelas membuktikan betapa komitednya Ahli-Ahli Majlis untuk menjayakan aktiviti YAYASAN MUSTAQIM MALAYSIA bukan sahaja diperingkat dalam Negara malah diperingkat Antarabangsa.
Disamping kesibukan melaksanakan tugas harian yang berdepan dengan orang awam serta tanggungjawab kepada keluarga, Ahli-Ahli Majlis sememangnya layak untuk diberikan sanjungan serta pujian di atas sumbangan yang telah diberikan. Tahniah kepada Anda Semua. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli Mustaqim Malaysia yang begitu aktif menjalankan pelbagai aktiviti yang bermanfaat, menarik dan telah Berjaya meningkatkan keahliannya seramai 1280 keahlian.
Yayasan Mustaqim Malaysia bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti dengan objektif yang di antaranya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim di antara Masyarakat Pelbagai Kaum di Malaysia ini, serta menggalakkan perkembangan pengetahuan serta kemahiran dan kemajuan diri, mengeratkan perhubungan dengan pertubuhan dan Agensi- agensi lain dan menjalankan kerja-kerja amal.
Sehingga ke hari ini, objektif-objektif ini ternyata masih relevan dan dengan sumbangan-sumbangan melalui pelbagai program seperti ceramah, seminar, bengkel, expo perniagaan, lawatan dan sebagainya. Saya berharap dan berdoa agar Yayasan Mustaqim Malaysia akan terus aktif dalam merealisasikan segala objektifnya.
Saya mewakili seluruh warga Yayasan Mustaqim Malaysia mengalu-alukan kesudian ahli-ahli dan pengunjung-pengunjung mengunjungi laman sesawang ini. Semoga laman ini mampu menyediakan sebahagian daripada informasi-informasi terkini dan bermanfaat agar dapat dikongsi bersama.
Akhir kata syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua Ahli-Ahli Majlis dan semua ahli-ahli Yayasan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam segala aktiviti dan program yang telah di jalankan seperti mana yang telah dirancang dan semoga kita lebih aktif lagi pada masa-masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Pemacu Keimanan Islam :
"Ilmul-Yaqin, Ainul-Yaqin, Haqqul-Yaqin"
Yang Ikhlas,
![]()