UTAMA PENGENALAN KEAHLIAN JARINGAN PERNIAGAAN GALERI PUSAT LATIHAN KAMAHIRAN IKLAN PERJAWATAN HUBUNGI ☰

PROGRAM KERJA DAKWAH

 

PENCARIAN SUKARELAWAN DAKWAH ISLAMIYYAH

SUKARELAWAN DAKWAH DIPERLUKAN, SILA DAFTAR KE UNIT KERJA AMAL DENGAN MENGHANTAR WHATSAPP KETALIAN DENGAN MENULIS PERKATAAN : “BERMINAT MENJADI SUKARELAWAN DAKWAH AMAL  MA’RUF NAHI MUNKAR”.

DI TALIAN : 011-1534 8383.

JENIS-JENIS PROGRAM DAKWAH.

  • Program Berterusan :
    • Kuliah Maghrib/Isyak.
    • Usrah (kelompok kecil) mingguan.
    • Tarbiyah (pendidikan) dalam bentuk perbincangan.
    • Bimbingan khusus untuk saudara baru.
  • Program Tahunan/Kempen :
    • Bulan Dakwah          : Pelbagai aktiviti serentak seperti kuliah, pertandingan (khat, nasyid), dan tazkirah.
    • Kempen Isu Semasa    : Memanfaatkan media sosial, poster, dan pengumuman untuk kempen kesedaran (contoh: kempen solat).
  • Aktiviti Pengimarahan Masjid :
    • Aktiviti untuk menarik anak kariah lebih mendekati masjid.
    • Program remaja masjid. 

PERLAKSANAAN DI LUAR SEKOLAH

  • Objektif  : Membentuk murid berakhlak mulia, membina generasi berilmu, menangani gejala sosial.
  • Aktiviti   : Kuliah, pertandingan menulis jawi, tazkirah, pembinaan hadarah (tamadun Islam).
  • Kaedah : Menggunakan kaedah moden (OHT, whiteboard), perbincangan, soal jawab, amali. 

ELEMEN PENTING

  • Penyelarasan : Kerjasama semua pihak (guru, ibu bapa, ahli jemaah).
  • Pendekatan : Moden, interaktif, mudah difahami, dan relevan.

i) Dakwah : Menjalankan dakwah Islamiyah kepada orang-orang Islam dan bukan Islam dengan cara positif dan berkesan.

ii) Pendidikan : Memberi, mengada, mengurus dan menjalankan pelajaran serta Pendidikan Islam menerusi segala media dan segala jalan yang sah di sisi undang-undang.

iii) Kebajikan : Menjalankan semua kerja kebajikan termasuk memberi bantuan, derma, biasiswa dan dermasiswa kepada sesiapa yang berkelayakan. Dan menjalankan lain-lain amal jariah kepada yang sakit, miskin, susah dan daif.

iv) Kerjasama dalam bidang agama Islam : Menubuhkan perantaraan dan kerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan dan badan-badan Islam yang lain demi kemajuan agama Islam.

v) Lain-lain : Menjalankan lain-lain kegiatan demi kepentingan dan kemajuan Islam

VISI

”Beriltizam Menerajui Gerak Kerja Dakwah Terunggul Dalam Memartabatkan Islam & Melestarikan Ummah.“

MISI

”Menjana Kredibiliti & Kecemerlangan Dakwah Secara Efektif, Energetik, Hikmah, Holistik & Profesional.”

OBJEKTIF

  • Melaksanakan Tuntutan Dakwah Dengan Penuh Iltizam Kepada Masyarakat Melalui Pelbagai Methodologi.
  • Mempelbagaikan Pendekatan, Strategi & Kemahiran Berdakwah Di Kalangan Pendakwah.
  • Memantapkan & Memperkukuhkan Akidah, Syariah & Akhlak Umat Islam.
  • Melaksanakan Dakwah Kontemporari Yang Bersinergi Bersama Agensi Pelaksanaan Dakwah.

UNIT UKHWAH

  • Merancang aktiviti penyebaran kefahaman Islam kepada masyarakat Islam dan bukan Islam.
  • Merancang pertemuan dengan wakil-wakil NGOs untuk melaksanakan aktiviti dakwah secara bersama.
  • Menyusun kelas kefahaman Islam kepada kumpulan sasaran.
  • Menyusun forum/seminar/bengkel dan konvensyen.
  • Menganjurkan program ziarah ke rumah orang tua/hospital/rumah perlindungan /pusat serenti/penjara.
  • Mengadakan perbincangan dengan badan-badan NGOS dalam menangani isu sensitive mengenai Islam.
  • Mengadakan kerjasama dengan semua Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti dalam mengendalikan sebarang isu yang mencetuskan polemik/isu semasa.
  • Merancang program yang berkaitan dengan penerbitan, penulisan dan pengumpulan sebaran maklumat am di media cetak dan internet.
  • Mengurus program dakwah berbentuk wawancara, siaraya dan temubual/ dialog dimedia elektronik.

 UNIT PENTADBIRAN

  • Menerima dan merekod surat dari dalam dan luar.
  • Mengurus fail terbuka dan sulit.
  • Mengurus aduan pelanggan.
  • Mengurus rekod harta modal/ inventori/peralatan pejabat dan pengedaran risalah.
  • Menyediakan peralatan siaraya bagi program keagamaan dan majlis-majlis rasmi.
  • Menghantar laporan program Dakwah ke Unit ICT untuk disiar di laman web Mustaqim Malaysia.
  • Menyediakan anggaran bajet tahunan bagi aktiviti semua unit.
  • Memantau peruntukan kewangan Bahagian Dakwah dan Daerah.
  • Menguruskan permohonan perolehan Bahagian.
  • Menguruskan permohonan tuntutan elaun mengajar Kelas Dewasa Al-Quran dan Isbat Hafaz Al-Quran.
  • Menjadi urus setia Mesyuarat Jabatan/urus setia program Bahagian Dakwah.

UNIT DAKWAH & TARBIAH

  • Merancang dan memantau Program Dakwah di Ibu Pejabat dan Daerah.
  • Menyusun program dakwah belia/ remaja/wanita dan orang kurang upaya.
  • Menyusun program dakwah khas untuk Pegawai/kakitangan.
  • Menyusun program dakwah untuk warga industri.
  • Kursus Pengurusan Jenazah.
  • Menguruskan permohonan penceramah.

UNIT PENERANGAN &PENERBITAN

  • Merangka dan menyusun program-program peningkatan syiar Islam.
  • Menyusun program penerangan berasaskan isu semasa yang mencemarkan Islam.
  • Menyediakan bahan penerbitan berunsur Islam dan motivasi dalam bahasa utama seperti Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin.
  • Menerbitkan buletin dakwah dan majalah berkala untuk semua lapisan masyarakat.
  • Mengadakan usaha terjemahan buku/risalah ke dalam bahasa lain atau dari bahasa lain ke Bahasa Malaysia.
  • Mengadakan usaha sama penerbitan yang difikirkan sesuai.

JABATAN-JABATAN DI BAWAH UNIT DAKWAH

Jabatan Amal Dan Bencana.    Jabatan Perancang Dan Modal Insan.   Jabatan Radio Dan TV Internet.   Jabatan Kewartawanan Dan Multimedia.   Jabatan Perhubungan Korporat.   Jabatan Logistik Dan Percetakan.