
HALATUJU YAYASAN MUSTAQIM MALAYSIA

SEPINTAS LALU SEJARAH PENUBUHAN YAYASAN MUSTAQIM MALAYSIA (MUSTAQIM MALAYSIA).
YAYASAN MUSTAQIM MALAYSIA, sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (Non-Governmental Organization (NGO) Dan Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan (Non-Profit Organization (NPO) yang ditubuhkan pada 17 November 2014. Ianya merupakan sebuah NGO yang berteraskan kepada prinsip Pembangunan Kebajikan, Perdagangan, Pembangunan Ekonomi menurut nilai-nilai Islam, serta matlamatnya mencurahkan bakti kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan tanpa batas kepercayaan agama, bangsa, politik, status sosial mahupun geografi.
Pada peringkat awal penubuhan, aktiviti Mustaqim Malaysia terbatas kepada usaha-usaha kebajikan dan perdagangan untuk manfaat ahli-ahli. Di peringkat ini, aktiviti-aktiviti tertumpu kepada program-program seperti seminar dan kaunseling, pendidikan keluarga, kursus-kursus berkaitan ekonomi dan keusahawanan, kem-kem motivasi dan pengurusan. Walaupun aktiviti-aktiviti tersebut juga melibatkan masyarakat umum bukan dari kalangan ahli, ianya agak terbatas.
Bermula pada tahun 2016, dengan peningkatan keahlian dan kemampuan mereka membantu masyarakat setempat, Mustaqim Malaysia mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan secara lebih meluas. Perkembangan terancang ini melibatkan aktivis-aktivis turun membantu mengubati masalah-masalah sosial, di samping bantuan-bantuan kepada masyarakat miskin, golongan terbiar, anak-anak tahfiz, anak-anak yatim, mereka yang ditimpa bencana dan seumpamanya. Usaha ini juga dapat memberi ruang kepada mereka yang mampu dan ikhlas dari kalangan masyarakat untuk menjadi relawan bersama Yayasan Mustaqim Malaysia dengan usaha yang lebih kemas dan tersusun.
Pada tahun 2025 ini Yayasan Mustaqim Malayasia mengorak Langkah memperluaskan kerangka agenda yang lebih agresif dengan membuka peluang kepada perniaga-perniaga kecil untuk bernaung dibawah Payungan Yayasan Mustaqim Malaysia untuk di bimbing kearah kemajuan ekonomi ahli ke peringkat antarabangsa. Seterusnya bekerjasama dengan semua Ngo-Ngo dalam dan luar negara yang sealiran dengan matlamat dan visi Mustaqim Malaysia. Pada tahun 2025 juga Yayasan Mustaqim Malaysia menubuhkan Pusat Pengajian Kemahiran di bawah anak syarikat Yayasan bagi mengalakkan semua insan meningkatkan ilmu pengetahuan yang lebih gemilang, Pendidikan tajaan penuh di sediakan kepada bakal-bakal pelajar.
MOTTO YAYASAN : PEMANCU KEIMANAN ISLAM : "ILMU YAQIN, AINUL YAQIN, HAQQUL YAQIN."
MISI YAYASAN :
VISI YAYASAN :
CARTA ORGANISASI
YAYASAN MUSTAQIM MALAYSIA

"Berjuang Untuk Kemerdekaan Jiwa Adalah jihad, Mengisi Pelita Keilmuan Adalah Ibadah".