UTAMA PENGENALAN KEAHLIAN JARINGAN PERNIAGAAN GALERI SUMBANGAN IKLAN PERJAWATAN HUBUNGI

JARINGAN PERNIAGAAN

MAJLIS GABUNGAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN DAN KORPORAT

DAFTAR AHLI KEHORMAT

"NGOs, KORPORAT, PENIAGA DAN USAHAWAN"

"KEAHLIAN ADALAH PERCUMA"

MATLAMAT DAN HALATUJU MENJADI AHLI PERNIAGAAN

  • Matlamat berpaksikan gagasan Melayu Bumiputera di peringkat dalam negara dan Antarabangsa untuk kepentingan dan faedah masyarakat di dalam lapangan ekonomi, perdagangan, perniagaan dan keusahawanan.
  • Membantu dan mewakili kaum Melayu Bumiputera, khususnya mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan, sebagai pemikir dan pembuat dasar di dalam perbincangan dengan jabatan dan agensi kerajaan bagi mengenal pasti dan mendapatkan peluang-peluang perniagaan yang di kelolakan di bawah kementerian-kementerian yang berkenaan.
  • Membentuk rangkaian perhubungan yang mantap dan tersusun di kalangan peniaga dan usahawan Melayu dan Bumiputera di seluruh negeri, serta menjadi suara kepada ahli-ahli bagi menjaga dan mempertahankan kepentingan dan hak mereka dalam segala urusan dengan sektor awam dan swasta.
  • Membantu meningkatkan taraf profesionalisme dan prestasi peniaga dan usahawan Melayu Bumiputera, di samping memperluaskan penglibatan mereka dalam bidang perniagaan dan perusahaan peringkat daerah, negeri dan negara.
  • Merangka kaedah dan mewujudkan iklim perniagaan dan perdagangan yang jujur, sihat dan berkualiti bagi memastikan kalangan usahawan Melayu Bumiputera berupaya menjana keuntungan maksimum dengan perkhidmatan beramanah dan beretika dengan konsep nilai-nilai islam.
  • Menjalankan dan mengendalikan penyelidikan dan kajian yang membabitkan permasalahan kaum Melayu Bumiputera dalam bidang ekonomi, seterusnya mengemukakan cadangan dan kaedah tindakan untuk mengatasi masalah berkenaan kepada pihak kerajaan.
  • Menggembeleng dan menggabungkan tenaga, pengalaman dan kepakaran masyarakat Melayu Bumiputera bagi melaksana, meneroka pelbagai aktiviti dan program berkaitan digital ekonomi, e-perdagangan, pengurusan perniagaan, konsultansi projek dan pembangunan hartanah.
  • Menyatupadukan kaum Melayu Bumiputera di semua peringkat, khususnya yang tinggal di luar bandar dan persisiran, dalam wadah yang dapat menjamin peluang mereka dalam arus pembangunan yang dirancang oleh pihak kerajaan.
  • Memohon Pemilikan tapak perniagaan di Pasar Malam & Bazaar, Ekspo Raya, Karnival dan sebagainya.

 SENARAI SYARIKAT-SYARIKAT YANG BERNAUNG DI BAWAH PAYUNGAN YAYASAN MUSTAQIM MALAYSIA.

1. ALL STAR VENTURES (Syarikat Pembinaan).
2. PROFESSIONAL CHEF ACADEMY (Pusat Latihan Kemahiran).
3. MUSTAQIM ACADEMY  (Pusat Latihan Kemahiran).
4. ARDENCE SDN BHD (Kontraktor Pembinaan dan hartanah).
5. EMPAYAR FARA ALFAROOQ (Pengeluar Produk Kesihatan Dan Emas).
6. SAMA TRAVEL & TOURS SDN BHD (Perkhidmatan Umrah &       
    Pelancongan).
7. CAKNA TRAVEL & TOURS SDN BHD (Perkhidmatan Umrah, Haji & 
    Pelancongan).
8. DAPOQ CHEQOYENN EMPAYER KATERING (Perkhidmatan Katering).
9. NASACO GLOBAL SDN BHD (Kontraktor Pelbagai Bidang).